Wednesday, March 12, 2014

Jep Sepahtu Sudah Bertunang?

Pelawak popular, Jep Sepahtu menyangkal gosip yang mendakwa kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan.


"Perkara itu langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong. Terkejut juga apabila mendapat tahu berita pertunangan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," ujarnya kepada mStar.
Sebelum ini sebuah akhbar mingguan telah melaporkan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin telah bertunang pada Januari lalu dengan seorang wanita sekampung dengannya.

Che Ta Sah Hamil Anak Sulung Dengan Zain

Alhamdulillah Che Ta sudah disahkan hamil. Abang Kepoh antara yang gembira mendengar berita ini. Bayangkan kalau lahir anak perempuan, mesti comel mewarisi kejelitaan dan ketampanan kedua mempelai ni.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan telah mengesahkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami yang juga aktor Zain Saidin.



Berita gembira itu telah disampaikan sendiri oleh Rozita di laman sosial Instagramnya.

"Alhamdulillah, syukur dengan nikmatMu ya Allah," tulisnya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dipetik dari mStar.

Friday, March 7, 2014

"Saya Tiada Hati Untuk Berlakon" - Wardina Safiyyah

Kali terakhir Wardina Safiyyah muncul di kaca televisyen adalah menerusi drama bersiri "Impian Illyana" pada tahun 2008. Namun pelakon dan pengacara ini mengakui tidak rindu atau kesal meninggalkan bidang lakonan kerana kehidupannya lebih tenang.


"Saya tiada hati untuk berlakon, malah tidak rasa kesal atau rindu sedikit pun terhadap bidang itu.
"Bagi saya, industri hiburan sangat memberi tekanan apabila semuanya ingin menjadi lebih baik dan bersaing untuk mendapatkan sesuatu tawaran," ujarnya seperti dipetik dari mStar.

Gambar-gambar Hanez Suraya Sebelum dan Selepas Jumpa Romeo

Kecoh 1 Malaysia pasal Hanez Suraya rampas laki orang!! Laki Liyana Manan tu seorang doktor yang khabarnya dah failkan kali kedua perceraian dengan encik Romie, Oktober tahun lepas.


Disebabkan kontroversi murahan ni tak pasal-pasal Hanez faymes satu malam dan banyak gambar-gambar lama telah keluar semula. Jom layankan gambar zaman jahiliah Hanez Suraya.


Monday, March 3, 2014

Erra Fazira, Awie, Erma Fatima Dikutuk Masyarakat!



RAMAI yang tersinggung dan marah apabila penyanyi dan pelakon Erra Fazira yang baru beberapa hari bercerai melakonkan babak berpeluk dengan Awie semasa latihan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya (IB) baru-baru ini.

Awie adalah bekas kekasih Erra tetapi isunya di sini bukanlah sama ada kekasih atau tidak. Kelakuan Erra pada babak itu dianggap melampaui batas, tambahan pula dia baru sahaja bercerai dan masih dalam edah.


Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate