Friday, November 23, 2012

"Paris Hilton buka kedai di Mekah? Tolong hantar saja saya ke planet Marikh"

Paris Hilton bukak butik beg tangannya di Mekah sehingga menimbulkan isu besar dan dikecam oleh ramai muslim seluruh dunia. Baik bukak kedai telekung. 

Selebriti berpengaruh Paris Hilton baru-baru ini telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.


Mereka turut risau kalau-kalau Paris Hilton dibenarkan masuk ke Mekah untuk pelancaran beg tangannya yang baru.

Antara sebab lain kritikan tersebut dilemparkan kerana Paris yang memang dikenali sebagai selebriti berlatar belakang kurang elok antaranya sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.

Ia bermula apabila Paris menyampaikan berita itu melalui laman twitternya dan ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.
 Menurut New York Daily News, ada pulak yang menjawab tweet Paris dengan "R u kidding?".

Ada pula yang balas,
 "Saudi claim there are other ways to allow for pilgrims, and if religiosity is of such importance, why is @ParisHilton being allowed a store in Mecca?"
Tweet yang seterusnya,
"How can someone who made such a video open a store in the holy city next to the Grand Mosque?' And a further added: "It is not acceptable to have such a woman open her store here."
 Tapi sosialit berusia 31 tahun ni rileks saja dan  balas tweet tersebut dengan,
  "Loving my beautiful new store that just opened at Mecca Mall in Saudi Arabia!" "This is the 5th store in Saudi Arabia, and store number 42 in total! So proud to keep growing my brand!" 
 Dasyat! Apa dia kisah sensitiviti rakyat Mekah, asalkan duit masyuk! Manusia-manusia.!

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate