Wednesday, January 16, 2013

Marsha Milan Londoh Main Cinta Sampai Ke Bali!

Hampir setahun bekerja tanpa henti, pada 31 Disember lalu pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 27, mengambil keputusan untuk berehat panjang dengan bercuti ke Bali, Indonesia.

Mahu mencabar diri, keputusan untuk bercuti dibuat pada saat akhir dan pemergiannya ke sana tanpa ditemani sesiapa. Begitupun sebaik pulang, timbul cerita mengatakan dia sebenarnya bercuti bersama pelakon terkenal Indonesia, Guntur Triwogo. Mereka dikatakan bertemu di Pulau Dewata itu.

Guntur Triyoga


Cerita hangat ini timbul selepas Marsha dikatakan semakin akrab dengan aktor itu, selepas sama-sama membintangi telefilem terbaru terbitan Dark Waves Pictures, Antara Mimpi, Bintang dan Cinta arahan Michael Ang. Sepanjang menjalani penggambaran, kononnya timbul perasaan cinta di antara dua pelakon itu. Gosip hubungan cinta antara mereka bertambah kencang apabila Marsha dilihat membawa Guntur menghadiri previu filem lakonannya, Kahwin 5, bulan lalu

Kehadiran Marsha bersama jejaka kacak pada sesi tayangan Kahwin Lima, akhir tahun lalu, menarik perhatian.

Justeru, timbul pertanyaan, adakah pelantun Tentang Cinta itu sudah menemui pengganti.
"Saya akui berkawan dengannya, tapi hubungan kami tidaklah sampai tahap bercinta. Namanya Guntur Triyoga, dia pelakon dari Indonesia.
"Kebetulan kami berlakon bersama dalam telefilem Antara Bintang, Mimpi dan Cinta arahan Michael Ang dan dia berasa di sini ketika itu, serta mahu mengetahui mengenai industri kita, jadi saya bawa dia ke majlis tayangan filem Kahwin Lima.
"Hubungan kami nampak mesra, mungkin kerana kami bawa watak pasangan bercinta, jadi kerana itu saya rapat dengan dia. Saya harap tiada sesiapa yang salah sangka dengan hubungan kami," ujarnya kepada Zass.
Kata Marsha, cerita mengatakan dia bertemu Guntur di Bali memang tidak pernah berlaku. Malah sepanjang berada di sana, dia hanya ditemani rakan-rakan dari Kuala Lumpur yang berada di sana lebih awal.
“Jangan percaya dengan cerita yang disampaikan. Mungkin ada kru produksi bercerita mengatakan saya bercinta dengan Guntur. Hakikatnya, tidak mungkin saya bercinta dengan Guntur memandangkan usianya jauh lebih muda iaitu 22 tahun.

“Memanglah kalau hendak diikutkan, orang akan cepat suka kepadanya kerana wajahnya comel, tetapi dia terlalu kebudak-budakkan bagi saya. Bayangkan kalau keluar berdua pun kami sudah seperti adik dan kakak. Tidak mungkin kami bercinta,” katanya.
Apapun kata Marsha, perancangan untuk menjelajah Bali sendirian tidak tercapai apabila sebaik tiba di sana dia jatuh sakit. Katanya, kalau hendak diikutkan, dia berasa sangat sedih kerana segala yang dirancang tidak menjadi. 
“Boleh dikatakan hampir tiga hari berada di sana, kebanyakan masa saya dihabiskan dalam bilik. Sudah lama saya merancang untuk bercuti ke Bali memandangkan sebelum ini saya ke sana ketika menjalani penggambaran filem Saus Kacang.
“Bali memang cantik dan cukup menenangkan, tetapi waktu itu saya tidak dapat menikmati keindahan pulau Bali sepenuhnya kerana sibuk bekerja. Itu empat tahun lalu dan untuk membuka tahun baru, saya merancang ke sana sekali lagi dan kali ini benar-benar bercuti.
“Bagaimanapun, sebaik saja menaiki pesawat, saya sudah berasa tidak sedap badan tetapi kerana keinginan membuak-buak, perancangan untuk ke sana diteruskan juga,” katanya.
Kata Marsha, keputusan bercuti ke Bali dibuat pada saat akhir menyebabkan dia tidak dapat menginap di kawasan tumpuan seperti Legian ataupun Pantai Kuta sebaliknya hanya dapat menempah hotel di kawasan Legong.
 “Sampai saja di hotel, badan saya sudah panas dan demam semakin teruk. Mujur ada teman yang datang lebih awal untuk saya minta bantuan. Afeeq, pengurus Dafi turut berada di sana, membantu saya dan pada hari kedua, saya berpindah hotel ke kawasan tumpuan iaitu Seminyak,” katanya. 
Walaupun ada teman-teman lain bersama, kata Marsha dia tidak dapat ikut bergembira dan menjelajah beberapa tempat menarik kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Begitupun, kerana mahu sangat menyambut kedatangan tahun baru di pulau dewata itu, dengan dibantu Afeeq, Marsha berkesempatan menyaksikan persembahan bunga api di Pantai Kuta sambil menikmati kemeriahan sambutan tahun baru di sana.

“Sebaik selesai menyaksikan pertunjukan bunga api itu saya terus pulang ke bilik dan berehat. Untuk menenangkan diri, saya hanya berjalan di tepi pantai di sekitar hotel dan duduk berehat di tepi kolam renang.
“Ternyata percutian saya ini sangat tidak menyeronokkan. Begitupun, saya merancang untuk percutian sempurna di sana dan waktu itu saya mahu pastikan keadaan kesihatan mengizinkan,” katanya.
Baca :  "Saya Mengambil Keputusan Untuk Berhijab Penuh" - Dato CT

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate