Sunday, January 27, 2013

Shila Amzah Kongsi Rahsia Kecantikan


Berkongsi tips kecantikan yang diamalkan, Shila berpendapat, kecantikan kulit tidak hanya hadir dengan penggunaan produk semata-mata, malah penjagaan kesihatan juga turut memberi impak besar.
"Selain menggunakan produk Safi Balqis, saya memandang berat terhadap pemakanan dan tidur yang secukupnya untuk kulit lebih segar. Bagi saya, untuk kulit yang cantik ia perlulah bermula dari dalaman.

"Bila kita memiliki masa rehat yang cukup dan pemakanan yang seimbang, kita akan lebih bertenaga dan kulit pun nampak lebih segar," katanya. 
Menyentuh mengenai pengalamannya, Shila memberitahu, pelantikan sebagai duta produk kecantikan baginya adalah transisi baru kepada perubahan untuk imej yang lebih matang.

Bagi Shila, Safi Balqis merupakan platform perubahan yang membantu sisi kewanitaannya, memandangkan sebelum ini dia akui memiliki penampilan yang sedikit kasar.
"Sejak kecil, saya memang rapat dengan ayah tambahan pula saya memiliki dua adik lelaki dan mungkin dari situlah saya berperlakuan sedikit kasar.

"Sejak bergelar duta produk, banyak perkara yang saya belajar dan sedikit sebanyak membantu saya memperbaiki personaliti saya sebagai seorang wanita," katanya.
Baca : Lisa Surihani bertemu Mahasiswa Uitm Melaka!

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate