Wednesday, February 27, 2013

Wiz Khalifa Timang Anak!

AKHIRNYA, penyanyi Wiz Khalifa kini boleh tersenyum lebar setelah isterinya yang juga seorang model, Amber Rose selamat melahirkan anak pertama mereka. 
 
 
Menurut laporan portal Us Weekly, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki.

Malah, Khalifa dalam Twitternya turut berkongsi kegembiraan dengan menulis 'selamat hari lahir Sebastian' The Bash Taylor Thomaz!!
"Mari kita sambut kelahiran seorang anak lelaki yang sempurna ke dunia ini," katanya.
Kebahagiaan ini tentunya sangat bererti buat Rose dan Khalifa atau nama sebenarnya Cameron Thomaz.

Tambahan, pasangan itu yang sudah bersama selama setahun telah terlebih dahulu mendapat khabar duka kerana Rose pernah keguguran.

Khalifa sendiri menyatakan perasaan tidak sabarnya untuk menimang cahaya mata dan tidak lama selepas itu, Rose telah hamil buat kali kedua.
 

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate