Monday, March 25, 2013

Puteri Sarah Kini Bertudung Penuh!



Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana atau lebih dikenali dengan nama Puteri Sarah dilihat memuat naik beberapa foto dia memakai tudung ke laman sosial, Twitter. Ekoran itu, para peminatnya bertanya adakah dia sudah mula berhijab. Namun Puteri Sarah memberi jawapan yang tidak pasti dan minta didoakan agar hatinya terbuka ke arah itu.
GAMBAR PUTERI SARAH BERTUDUNG


Berkali-kali memuat naik gambar berhijab ke Twitter, akhirnya Puteri Sarah mengakui yang dia kini sudah bertudung sepenuhnya dan bukan lagi dalam fasa percubaan. Maksudnya, Puteri Sarah telah terbuka hatinya untuk bertudung penuh. Alhamdulillah, seorang lagi artis mula berubah ke arah perkara yang sepatutnya dilakukan dari dulu lagi.
Kata Puteri Sarah kepada Media Hiburan:-
“Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya.”

Di bawah ini beberapa gambar Puteri Sarah bertudung yang kami ambil dari laman Twitter’nya. Serius cakap, memang lawa dan sedap je mata ini memandangnya. Semoga Puteri Sarah istiqamah dalam perubahannya ini. InsyaAllah. Sebelum terlupa, Puteri Sarah juga telah dipilih menjadi model tudung jenama Najjah. Tahniah diucapkan.
GAMBAR PUTERI SARAH BERTUDUNG

GAMBAR PUTERI SARAH BERTUDUNG
GAMBAR PUTERI SARAH BERTUDUNG

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate