Monday, April 1, 2013

Awi Rafael dan Hanez Suraya Masih Bersama?

PERJALANAN kisah cinta antara pelakon ini dengan penyanyi, Awi Rafael bukan cerita baru namun kini timbul desas-desus mengatakan hubungan mereka sudah renggang. Namun Hanez Suraya menolak dakwaan mengatakan hubungan mereka sudah putus malah tegasnya sememangnya dia dan kekasihnya itu memilih untuk tidak terlalu mengembar-gemburkan perihal cinta masing-masing.

"“Buat masa ini kami berdua masih bersama cuma masing-masing sibuk dengan karier. Mungkin kerana itu kami jarang dilihat berdua."
"“Mungkin juga kerana kami tidak selalu bercerita tentang hubungan ini menyebabkan ramai yang merasakan hubungan kami tidak sekuat sebelum ini. Sama seperti pasangan lain, kami mempunyai cara terbaik untuk memahami kehendak masing-masing," jelasnya.
Menurut Hanez, dia dan pasangan telah bersetuju untuk memastikan cerita tentang kerjaya mereka diberikan perhatian terlebih dahulu berbanding kisah cinta.
"“Dah lama kami bersetuju untuk memastikan cinta kami tidak mengaburi tujuan utama kami berada dalam industri ini.

“Kami berdua memang selesa begini malah tidak timbul langsung masalah antara saya dan Awi. Kami juga tidak menyorokkan apa-apa cuma kami kurang bercerita. Harap peminat faham mengapa kami memilih cara begini," tambahnya.
"Mengakui di kala umurnya menginjak 28 tahun pada Ogos ini, ramai yang sudah menyakinkan dirinya untuk berumah tangga.
Bagaimanapun menurut Hanez, biar merasakan perkara yang sama namun buat masa ini dia lebih selesa untuk memberikan tumpuan terhadap karier lakonannya terlebih dahulu.
“"Buat masa ini sememangnya saya tidak fikir lagi soal itu (kahwin). Sungguhpun ramai yang bertanya, saya fikir itu bukan satu tekanan buat saya.

“Memandangkan keluarga Awi dan saya sudah mengetahui hubungan yang terjalin di antara kami jadi perkara itu sedikit sebanyak melegakan kerana mereka juga faham apa yang cuba kami rencanakan selama ini," katanya.
Kerjaya rancak

Walaupun sudah berada dalam dunia seni hampir 10 tahun namun namanya sedikit tenggelam berbanding pelakon seangkatan.

Namun lembaran 2013 membuka satu pintu rezeki yang baru kepada Hanez apabila namanya semakin menjadi pilihan kepada pengarah drama tanah air.

Terbaru Hanez akan tampil dalam sebuah drama bersiri yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bersama seorang pelakon lelaki hebat, Awal Shaari dalam drama berjudul Sedetik Cinta yang dijangka tayangannya April nanti.

Bukan itu sahaja, Hanez turut dilantik sebagai duta produk kecantikan Aurawhite Beauty. Menurut Hanez, ini merupakan satu rezeki yang tidak ternilai bagi dirinya.
“"Alhamdulillah, bukan senang untuk diberi kepercayaan ini. Bergelar semua orang dapat bergelar duta produk. memang saya akui tahun ini rezeki saya mula bertambah.

“Sebelum terima tawaran ini, saya sendiri menggunakan produk Aurawhite ini. Ternyata produk ini cukup berkesan dan ramai menyedari tentang perubahan terhadap kulit saya," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate