Monday, April 22, 2013

Gambar Zain dan Rozita Che Wan Berpeluk Bahagia!

“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” ujar Zain Saidin menjawab gosip percintaannya dengan pelakon popular Rozita Che Wan.
Untuk pengatahuan, beza umur antara Zain dan Rozita Che Wan adalah 10 tahun tetapi itu tidak menghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini.

Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab dan Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.


Menurut pelakon kacak ini lagi, Rozita juga telah memberi kata putus dan mengaku mereka berdua serius dalam hal perkahwinan ini.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.”


Gambar Rozita dan Zain Berpelukan Mesra

2 comments:

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate