Thursday, May 9, 2013

Hemsworth - Cyrus, Retak Menanti Belah!

Abang kepada Liam Hemsworth, Chris dan Luke cuba meyakinkan adik mereka agar mengakhiri pertunangannya dengan penyanyi Miley Cyrus selepas melihat hubungan pasangan ini semakin renggang. 
 
 
Menurut laporan daripada Us Weekly, Luke Hemsworth, 31, dan aktor "Thor", Chris Hemsworth, 29, telah berbincang dengan adik bongsu mereka itu dan memberitahu perasaan mereka tentang hubungannya dengan Cyrus sekitar April lalu.
"Mereka mahu dia menamatkan percintaan itu secara baik," satu sumber memberitahu.
Kata-kata daripada kedua abangnya nampaknya diterima Liam apabila pelbagai laporan mengatakan pasangan kekasih ini telah menghentikan segala persiapan perkahwinan mereka.

Walaupun seringkali muncul di pelbagai acara secara solo, Cyrus menegaskan bahawa mereka masih lagi bersama, namun sumber memberitahu aktor "The Hunger Games" itu dikatakan mula menjarakkan dirinya daripada tunangnya.

Dalam satu temubual bersama majalah V, bintang "Hannah Montana" menjelaskan sebab mengapa dia dan Hemsworth tidak menghabiskan masa bersama.
"Saya tidak berada di rumah bersama kekasih saya setiap masa. Kami bekerja. Saya tiada masa untuk ke Starbucks bersamanya setiap pagi. Saya harap saya boleh, tetapi tidak. Saya sanggup menghabiskan masa di rumah dan berada di sisinya ketika masa yang sesuai.

"Saya juga berada di studio setiap masa. Dia akan keluar bekerja pada jam enam dan saya pulang dari studio pada jam lima," jelasnya.
Buat masa sekarang, Cyrus ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada album terbarunya yang bakal diriliskan tidak lama lagi.

Hemsworth, 23, dan Cyrus, 20, pernah bergandingan dalam filem "The Last Song" dan mengumumkan pertunangan mereka pada 6 Jun tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Artikel Lain

Blog Lain Yang Menarik

Translate